DUNIA

Biden Hadir Upacara Angkat Sumpah Presiden Baharu AS Tanpa Mengira Pemenang - Rumah Putih

31/10/2024 10:30 AM

WASHINGTON, 31 Okt (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal melepaskan jawatan Joe Biden akan hadir upacara angkat sumpah presiden baharu negara itu, walaupun keputusan pilihan raya presiden minggu depan tidak memihak kepadanya, menurut Rumah Putih.

"Presiden percaya pada peralihan kuasa secara aman, dan itulah yang anda akan lihat beliau lakukan," kata jurucakap Karine Jean-Pierre pada taklimat akhbar, lapor Agensi Anadolu.

Upacara angkat sumpah dijadual berlangsung pada Januari tahun depan.

"Ini bukan tentang beliau; ia mengenai rakyat Amerika. Itulah yang mereka perlu lihat, tidak kira siapa yang menang," tambahnya.

"Dan itu sebahagian daripadanya - menghadiri upacara angkat sumpah, hadir sebagai sebahagian daripada proses bersejarah yang sentiasa dijunjung. Beliau pasti akan mengambil bahagian dalam acara itu," kata Jean-Pierre.

Bekas Presiden Donald Trump tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah presiden pada Januari 2021, melanggar tradisi yang telah lama wujud.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan