AM

LPA Di Bawah MoT Selepas Pelabuhan Bintulu Diserah Kepada Sarawak

09/11/2024 07:44 PM

LABUAN, 9 Nov (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB)  tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT) setelah Pelabuhan Bintulu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Menteri Anthony Loke berkata penyusunan semula itu yang diwajibkan mengikut Akta Pelabuhan Persekutuan akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai peralihan tersebut yang dijangka tahun depan.

“Sebaik sahaja di bawah MoT, LPB akan memperoleh status pihak berkuasa pelabuhan persekutuan, namun terdapat beberapa isu utama yang perlu diselesaikan sebelum penyerahan rasmi dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program-integrasi Gegar Labuan di Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya akan melantik seorang pengurus besar untuk menerajui LPB.

Mengulas  projek Pelabuhan Baharu Bersepadu Labuan yang telah lama dicadangkan, beliau berkata  beberapa cadangan pembangunan daripada sektor swasta masih dalam semakan tetapi masih belum dimuktamadkan.

“Sebarang projek pembangunan pelabuhan akan mengikut model penswastaan tanpa memerlukan dana kerajaan. Model ini membolehkan MoT berfungsi sepenuhnya sebagai badan kawal selia dan bukan sebagai entiti operasi," katanya.

--BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan