AM

Jalan Batang Melaka-Gemencheh Ditutup Untuk Semua Kenderaan Akibat Banjir Kilat

16/11/2024 10:59 PM

SEREMBAN, 16 Nov (Bernama) -- Jalan Batang Melaka-Gemencheh di Tampin ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat pada paras hampir satu meter di kawasan itu berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin Fadhil Hassan berkata dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat 9 malam tadi.

“Laluan tersebut ditutup kira-kira 7.30 malam tadi, ia berbahaya untuk dilalui oleh kenderaan ketika ini. Punca banjir kilat ini disebabkan hujan lebat dan limpahan air sungai.

“Kita juga sedang memantau premis kedai dan kediaman yang terjejas susulan banjir ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gemas-Tampin dan Jalan Mantai-Air Kuning Selatan-Sungai Dua untuk ke destinasi masing-masing.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan