JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Buli UPNM: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya

17/11/2024 06:03 PM

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah dipijak penuntut senior kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata seramai 13 individu telah diambil keterangan berhubung kes itu.

“Kita kini sedang menunggu keputusan bagi tindakan selanjutnya daripada pejabat TPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Pada 10 Nov lepas, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam 21 Okt lepas dan polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam 8 Nov lepas.

Pada Isnin lepas, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk memberikan keterangan dan dibenarkan pulang setelah selesai urusan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan