PUTRAJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Datuk Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 Nov hingga 1 Dis iaitu keadaan berkenaan berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh itu.
Beliau berkata MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengemas kini amaran hujan berterusan sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk.
Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia menerusi medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial