JENAYAH & MAHKAMAH

Nelayan Lemas Ketika Cari Ketam Dan Umpun-umpun

24/11/2024 07:30 PM

SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mencari ketam dan umpun-umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang dekat sini semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian orang jatuh sungai pada 10.49 pagi.

Beliau berkata susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah digerakkan ke lokasi. 

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dipercayai terjatuh dari sampan dan ditemukan pada jarak lima ke 10 meter (dari tebing) kira-kira 1 tengah hari tadi. 

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai seorang diri di atas sampan dan sedang mencari ketam serta umpun-umpun. Mayat telah dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan