JENAYAH & MAHKAMAH

Guru Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

24/11/2024 10:57 PM

KUANTAN, 24 Nov (Bernama) -- Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran dekat sini petang tadi. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran Kapten Mohd Nor Azhar Yusof berkata mangsa, Murdani Ab Rahman ketika itu sedang memancing di atas rakit bersama rakannya, cuba mengambil kerusi di sebuah bot bersebelahan sebelum tergelincir. 

“Mangsa telah disedari terjatuh ke dalam Sungai Pahang kira-kira pukul 6 petang dan satu laporan polis berkenaan dengannya telah dibuat. Susulan itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Proses pencarian (surface searching) bermula selepas taklimat oleh bomba dengan melibatkan pasukan bomba, APM dan juga polis,” katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata operasi pencarian sedang berjalan hingga kini dan akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan