KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan yang berlangsung di Al Amarat, Muscat, Oman hari ini.
Lima gol Malaysia dijaringkan oleh Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar pada minit ke-17, Muhammad Addy Jazmi Jamlus (34’), Muhammad Khairul Norizam (43’), Naaveennash Panicker (44’), dan Muhammad Danish Danial Abdul Wahab (59’).
Sementara itu, China memperoleh dua gol menerusi Wang Yubo (5’) dan Zhang Jialiang (46’).
Malaysia yang berada dalam Kumpulan B akan meneruskan saingan menentang tuan rumah esok diikuti pertembungan dengan Bangladesh pada Sabtu (30 Nov) dan Pakistan pada Ahad (1 Dis).
Pengurus Pasukan Young Tigers Ganesh Shanmugam menerusi kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini berkata sasaran utama pasukan remaja adalah menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan dua teratas untuk mara ke separuh akhir.
Ketua jurulatih pasukan I. Vikneswaran turut menekankan perlunya untuk mereka mencapai peringkat separuh akhir pada kejohanan ini yang turut menawarkan tiket automatik ke Piala Dunia Remaja (Lelaki) 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial