JENAYAH & MAHKAMAH

Pegawai Akaun Dakwa Ditipu Lebih RM200,000 Oleh Ejen Hartanah

27/11/2024 08:47 PM

NILAI, 27 Nov (Bernama) -- Seorang pegawai akaun di sebuah syarikat swasta di sini mendakwa mengalami kerugian lebih RM200,000 akibat ditipu seorang ejen hartanah.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata laporan kes itu diterima pihaknya 24 Nov daripada seorang wanita warga tempatan berusia pertengahan 30-an.

Beliau berkata pengadu mendakwa berurusan dengan seorang ejen hartanah bagi memohon pinjaman membeli sebuah kedai berharga RM158,000 dengan wanita itu, telah membuat bayaran proses pembelian pada akhir Disember 2023.

“Pengadu telah dihubungi ejen bank yang berjanji akan membantunya untuk mempercepat proses permohonan pinjaman pembelian kedai dan mangsa kemudiannya membuat pembayaran secara berperingkat bermula 28 Dis 2023 hingga 6 Okt lepas berjumlah RM209,980,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Malik berkata pengadu mengesyaki ditipu selepas mendapati tiada sebarang permohonan pinjaman dibuat kepada pihak bank oleh ejen berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan