DUNIA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

03/12/2024 10:51 AM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalamaan Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.84 mata kepada 1,599.32.

Suasana pasaran positif dengan 152 kaunter untung mengatasi 96 kaunter rugi manakala 283 kaunter kekal tidak berubah, sebanyak 1,884 saham tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 130.74 juta unit bernilai RM72.94 juta.

Naib Presiden Penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata semasa dagangan semalam, kenaikan singkat FBM KLCI melebihi paras 1,600 disebabkan penjualan oleh dana asing berlaku pada waktu tengah hari.

“Kami percaya bahawa sebarang aktiviti memperelokkan akaun tidak mungkin memberi impak serta-merta dan menjangkakan indeks itu kekal dalam fasa penyatuannya, dijangka dalam julat 1,595-1,605 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Wall Street mengekalkan trend peningkatan walaupun terdapat beberapa aktiviti pengambilan untung dengan Nasdaq dan S&P 500 ditutup pada paras tertinggi manakala kecairan terus memainkan peranan penting, menjelang cadangan untuk menurunkan cukai daripada Presiden dipilih, Donald Trump.

Sementara itu, hasil 10 tahun AS ditutup lebih tinggi pada 4.196 peratus, kata Thong.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka minat belian akan berlaku dalam Bursa Malaysia berikutan prestasi positif dalam pasaran AS.

“Khususnya, saham berorientasikan eksport akan mendapat manfaat daripada pengukuhan dolar AS, saham perladangan dipacu oleh pendapatan dan momentum yang kukuh dalam harga minyak sawit mentah dan sektor hiburan serta penerbangan seperti Genting dan AirAsia, menjelan musim cuti yang semakin hampir, ” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Selain itu, ia juga optimis mengenai saham pengguna kerana kestabilan mereka dan pendapatan kukuh yang dilihat dalam keputusan suku tahunan baru-baru ini.

Dalam saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen to RM10.14, CIMB menambah tiga kepada RM8.24, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.49 dan RM13.50 manakala IHH tidak berubah pada RM7.20.

Bagi kaunter aktif,  Zen Tech dan Velesto tidak berubah, masing-masing pada satu sen dan 15.5 sen respectively, Sapura Energy dan Malayan United turun 0.5 sen, masing-masing kepada 3.5 sen dan 6.5 sen dan Northeast merosot 3.5 sen kepada 63.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 35.06 mata kepada 12,183.09, Indeks FBMT 100 naik 35.01 mata kepada 11,873.10, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 35.25 mata kepada 12,145.53, Indeks FBM 70 menambah 46.77 mata kepada 17,948.22 dan Indeks FBM ACE menokok 13.68 mata kepada 5,136.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 52.75 mata kepada 19,099.37, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.90 mata kepada 174.47, Indeks Perladangan melonjak 2.83 mata kepada 7,674.39 bagaimanapun Indeks Tenaga merosot 0.75 mata kepada 807.86. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan