AM

ABIM Saran Orang Ramai Supaya Lebih Cakna, Empati Terhadap OKU

04/12/2024 02:20 AM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2024 yang disambut hari ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengajak rakyat Malaysia untuk lebih cakna dan empati terhadap hak, potensi dan sumbangan golongan itu.

ABIM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya konsisten dalam memperjuangkan Kemuliaan Insan (Karamah Insaniah) tanpa mengira kepelbagaian latar manusia sama ada golongan OKU mahupun masyarakat awam selaras dengan prinsip Islam.

“ABIM menuntut pihak kerajaan mahupun swasta ahar memberikan peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran sebanyak satu peratus daripada keseluruhan pekerja.

“Selain itu, ABIM mahu sistem sokongan OKU ditingkatkan dalam konteks kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam agar golongan OKU dapat menikmati kehidupan seperti masyarakat lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu, ABIM turut menyambut baik usaha murni kerajaan dalam pembangunan OKU yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Pembentangan Bajet 2025 dengan peruntukan RM1.3 bilion bagi kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan golongan itu di Malaysia.

Menurut ABIM, mengangkat tema Memperkasa Kepimpinan OKU Demi Inklusiviti Mampan, ia adalah satu pengiktirafan kepada individu kurang upaya dalam mendepani cabaran hidup.

Hari OKU Antarabangsa disambut pada setiap 3 Dis.    

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan