KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysian Relief Agency (MRA) menyalurkan bantuan persediaan awal banjir kepada penduduk Kampung Peta di Mersing, Johor bagi memastikan mereka bersedia menghadapi musim tengkujuh, Isnin lepas.
MRA dalam kenyataan memaklumkan, bantuan berkenaan meliputi 260 bungkusan makanan sedia dimakan, satu set peralatan dapur berupa periuk nasi, dapur gas dan cerek air serta 50 set survival kit.
“Penyerahan bantuan diadakan di “Sekolah Rimba” Kampung Peta yang merupakan sebuah perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun iaitu salah satu etnik Orang Asli di Malaysia,” menurut kenyataan MRA di sini hari ini.
Mengikut kenyataan itu, Sekolah Rimba merupakan sebuah projek pendidikan khusus untuk komuniti Orang Asli dan ia merupakan hasil usaha serta sokongan MRA Johor dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
“MRA berharap dapat membantu meringankan beban penduduk serta memastikan kesejahteraan mereka terjamin walaupun dalam situasi bencana,” kata kenyataan itu.
Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Tabung Bantuan Banjir anjuran MRA boleh menghubungi ibu pejabat MRA di talian 03-91744672 atau membuat sumbangan ke akaun bank RHB 26424500007270 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial