AM

Lebih 150 Acara Pelancongan Sempena TMK 2025 - Sanusi

01/01/2025 02:01 PM

BUKIT KAYU HITAM, 1 Jan (Bernama) -- Lebih 150 acara pelancongan telah disusun sepanjang tahun ini bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesemua acara tersebut diharap dapat membantu Kedah mencapai sasaran enam juta kedatangan pelancongan pada tahun ini.

“Kita telah keluarkan booklet atau senarai tempat menarik untuk dilawati di Kedah dan buku itu telah diedarkan kepada pemain industri pelancongan di seluruh negara.

“Kita juga buat kerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mengadakan promosi di luar negara, saya harap tahun 2025 ini akan menjadi titik mula kepada kebanjiran pelancong ke Kedah sama ada pelancong domestik mahupun antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis sambutan ketibaan pelancong sempena TMK 2025 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata bagi kedatangan pelancong antarabangsa terutamanya dari negara jiran Thailand, dilihat mampu menjadi penyumbang terbesar kerana kedudukan negara itu yang bersempadan dengan Kedah.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sasaran khusus jumlah kedatangan pelancong dari Thailandke Kedah, namun akan bekerjasama dengan pemain industri dari negara itu untuk membawa pelancong ke negeri ini.

Tambah beliau kerajaan negeri juga berhasrat mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa di wilayah selatan Thailand dalam pelbagai bidang khususnya pelancongan.

“Insya-Allah selepas ini kita akan tingkatkan lagi program usahasama khususnya dalam sektor industri makanan halal dan kita harap industri pelancongan dapat digiatkan lagi antara dua negara ini,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan