PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) -- Program Memfail Borang Nyata (BN) 2025 telah dimuat naik sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN pada tahun ini mengikut Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL).
Dokumen berkenaan boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikuti panduan mudah menerusi portal rasmi HASİL di www.hasil.gov.my dan klik menu Borang > Program Memfail Borang Nyata > Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2025.
Versi Bahasa Inggeris pula boleh diakses menerusi https://www.hasil.gov.my/media/tvojk1ho/rf-filing-programme-for-2025.pdf.
HASiL menyatakan mulai Tahun Taksiran (TT) 2024, pembayar cukai kategori individu, perkongsian, keluarga sekutu Hindu, pertubuhan dan harta pusaka adalah diwajibkan sepenuhnya untuk mengemukakan BN secara e-filing.
Sehubungan itu, HASİL tidak lagi menerima pengemukaan BN secara manual dan borang kertas sama ada di kaunter atau secara pos.
Kegagalan dalam mengemukakan BN boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
HASiL memaklumkan majikan digalakkan untuk mengemukakan butiran saraan dan potongan pekerja melalui e-CP8D pada atau sebelum 25 Februari 2025.
Maklumat saraan pekerja yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi ke dalam e-Borang pekerja (e-BE e-B/ e-BT / e-M / e-MT Tahun Taksiran 2024).
Ini bertujuan untuk memudahkan pekerja mengemukakan e-filing mulai 1 Mac 2025, menurut HASİL.
Pekerja boleh menyemak dan meminda data praisi pada e-Borang mereka sekiranya terdapat sebarang perubahan sebelum e-Borang ditandatangan dan dihantar.
Selain itu, mulai TT 2025 juga, pembayar cukai kategori Syarikat dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang telah mengemukakan BN, diwajibkan untuk memberikan maklumat tambahan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) di bawah seksyen 82B ACP 1967 dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang nyata.
Ia termasuk Penyata Kewangan Beraudit dan Akaun Pengurusan; Pengiraan Cukai; Jadual lengkap Elaun Modal dan Kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang dituntut; dan Pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan).
Sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai berkenaan, keperluan pengemukaan dokumen ditetapkan di bawah Seksyen 82B itu boleh diakses melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ atau capaian pantas https://www.hasil.gov.my/borang/program-memfail-dokumen-yang-ditentukan di-bawah-seksyen-82b-melalui-mitrs/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial