JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja Perempuan Tikam Ibu Saudara Didakwa Esok

06/01/2025 06:51 PM

BUKIT MERTAJAM, 6 Jan (Bernama) -- Remaja perempuan yang ditahan kerana menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya, Perai di sini pada Jumaat lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes melibatkan remaja berumur 14 tahun itu dan mendapat arahan untuk mendakwanya esok.

"Kertas siasatan kes tikam melibatkan remaja perempuan itu telah lengkap, setakat ini mangsa yang juga ibu saudaranya berusia 35 tahun yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Pada Jumaat, seorang wanita mengalami kecederaan di perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Perai di sini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan