KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 75.73 peratus.
AmInvestment Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah saham MAHB yang dipegang oleh pemberi tawaran bersama dan pemberi tawaran muktamad bersama pada 5 petang, 6 Jan 2025 adalah pada 70.08 peratus (1,169,277,833 saham), dengan 5.65 peratus (94,297,176 saham) penerimaan belum selesai.
Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.
Tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham selebihnya dan tempoh telah dilanjutkan kepada Jumaat, 17 Jan 2025 daripada 8 Jan 2025, kata bank pelaburan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial