AM

DUN Kuala Linggi Terima Satu Menara Telekomunikasi, NADI Tahun Ini

18/01/2025 02:38 PM

ALOR GAJAH, 18 Jan (Bernama) -- Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima sebuah menara telekomunikasi dan sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) tahun ini, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan.

Beliau berkata menara telekomunikasi itu akan dibina oleh sebuah syarikat telco, selepas capaian internet di sekitar kawasan Teluk Gong, didapati kurang memuaskan.

“Saya akan buat susulan mengenai perkara ini dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar menara berkenaan dapat disiapkan tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Shawal, Kuala Linggi di sini hari ini.

Sementara itu Fairul Nizam berkata NADI baharu bagi DUN Kuala Linggi itu akan ditempatkan di Kampung Bukit Darat selepas Melaka menerima sembilan projek baharu daripada kerajaan Persekutuan pada tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan