WASHINGTON, 20 Jan (Bernama-UPI) -- TikTok kembali beroperasi pada petang Ahad selepas Donald Trump, yang kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya yang mengujakan."
Trump juga mengumumkan lanjutan tempoh untuk mengelakkan aplikasi itu terus dihentikan.
Apabila pengguna membuka aplikasi itu, mesej daripada TikTok memaparkan, "Selamat kembali! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Hasil usaha Presiden Trump, TikTok kini kembali di AS!" menurut laporan United Press International (UPI).
Dalam kenyataan di platform Truth Social pada pagi Ahad, Trump menyeru syarikat-syarikat agar tidak membiarkan TikTok dihentikan operasinya.
“Saya akan mengeluarkan perintah eksekutif pada Isnin untuk melanjutkan tempoh sebelum larangan undang-undang berkuat kuasa supaya kita boleh mencapai perjanjian bagi melindungi keselamatan negara kita,” kata Trump.
Majlis pelantikan Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijadualkan berlangsung pada Isnin, 20 Jan.
Beliau akan mengangkat sumpah jawatan bersama JD Vance yang akan menjadi Naib Presiden AS.
-- BERNAMA-UPI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial