SAITAMA (Jepun), 28 Jan (Bernama-Kyodo) -- Seorang lelaki nyaris maut selepas sebuah trak terjatuh ke dalam lubang benam dalam kejadian di persimpangan berhampiran Tokyo pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.
Polis menerima panggilan kecemasan sekitar 9.50 pagi selepas lubang benam itu, yang dianggarkan berukuran 10 meter lebar dan enam meter dalam, terbentuk di kawasan Yashio, Wilayah Saitama.
Pasukan penyelamat memaklumkan lelaki yang diselamatkan itu dalam keadaan sedar dan mampu bercakap.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sistem pembetungan melalui kawasan berhampiran persimpangan itu, dan punca runtuhan jalan masih dalam siasatan.
-- BERNAMA-KYODO
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial