KOTA BHARU, 30 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan KM 59, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh, Kuala Krai hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya sebelum bertembung dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan.
“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk bedah siasat dan ujian air kencing ke atas pemandu kereta berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial