AM

Bangunan Tambahan SK Patau-Patau Bernilai Hampir RM1 Juta Siap Ikut Jadual

03/02/2025 04:59 PM

LABUAN, 3 Feb (Bernama) -- Pembinaan blok bangunan tambahan untuk prasekolah di Sekolah Kebangsaan Patau-Patau yang bernilai RM919,098.40 disiapkan mengikut jadual. 

Projek dengan kaedah laluan pantas yang dilaksanakan dalam tempoh 30 minggu itu, dipantau rapi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan siap mengikut tempoh. 

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah berkata blok bangunan tambahan itu dibina dengan menggunakan reka bentuk yang direka pasukan seni bina JKR Labuan.

"Kami mereka bentuk kemudahan yang memenuhi keperluan kanak-kanak prasekolah yang menggabungkan ruang pembelajaran mesra kanak-kanak, ruang makan dan tandas," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan projek berkenaan kepada wakil Kementerian Pendidikan (KPM) di sekolah itu hari ini. 

Mohd Faizul berkata projek itu bermula pada 14 Mei 2024 dan siap pada 19 Dis 2024. 

Beliau menekankan kejayaan menyiapkan projek itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ekosistem pendidikan. 

"Kami akan terus bekerjasama dengan KPM untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada kanak-kanak," katanya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan