AM

Lawatan Mirziyoyev Perkukuh Hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar

06/02/2025 12:12 AM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi selama dua hari Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia telah memperkukuh hubungan akrab kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

"Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya," katanya.

Perdana Menteri dalam hantaran sama turut berkongsi beberapa gambar beliau meraikan Mirziyoyev dalam satu majlis makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, sebagai acara penutup kepada lawatan dua hari Presiden itu.

Mirziyoyev tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri dan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Presiden Uzbekistan bersama delegasinya berlepas pulang ke Tashkent pada 8.50 malam menaiki pesawat Uzbekistan Airways.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan