KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dekat sini, petang tadi akibat masalah kesihatan kronik.
Adik Allahyarham, Siti Salha Abu Bakar, 40, ketika dihubungi Bernama memaklumkan abangnya yang menghidap penyakit jantung meninggal dunia pada 6.45 petang.
“Allahyarham menerima rawatan di hospital kerana mengalami kesakitan dan muntah, hari ini merupakan hari kelapan beliau berada di hospital,” katanya.
Siti Salha berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Taman Taming Jaya, Cheras kira-kira 8 pagi esok untuk dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10, Cheras.
Muhammad Basir, 45, meninggalkan tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun manakala isterinya, Nor Azlina Jaafar, yang juga bekas jurufoto Kumpulan Utusan telah meninggal dunia pada 17 Okt 2023.
Allahyarham juga merupakan antara penerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA yang disampaikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial