DUNIA

AKTIVITI "CHINA TRAVEL WITH CHINESE FILMS" DILANCARKAN DI BEIJING

18/02/2025 04:11 PM

BEIJING, 18 Feb (Bernama-CMG) -- Majlis pelancaran aktiviti "China Travel With Chinese Films" anjuran bersama Pentadbiran Perfileman Negara China dan Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Muzium Filem China, di Beijing pada Isnin. 

Aktiviti ini bertujuan untuk memanfaatkan dasar pengecualian visa yang ditawarkan China, dan mengambil peluang daripada tayangan filem semasa perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) untuk menarik lebih ramai pelancong asing untuk berkunjung ke China.

Pada majlis pelancaran tersebut, kru filem dari "Ne Zha 2", "Creation of the Gods II: Demon Force" dan "Detective Chinatown 1900" masing-masing berkongsi mengenai tayangan dan sambutan baik filem tersebut di pasaran Amerika Utara, Australia, New Zealand, Perancis, United Kingdom, Sepanyol, dan lain-lain.

Dalam pada itu, China UnionPay turut mempromosikan penggunaan keadah pembayaran "Splendid Action" yang dapat memudahkan pelancong asing di negara ini.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan