JENAYAH & MAHKAMAH

Kerani Rugi RM1 Juta Terperdaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

19/02/2025 04:32 PM

SHAH ALAM, 19 Feb (Bernama) -- Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata wanita berusia 65 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada pertengahan Disember lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.

Beliau berkata mangsa tertarik untuk membuat pelaburan selepas dijanjikan pulangan lumayan hingga 40 peratus.

“Bagi tujuan pelaburan, mangsa diminta membuat 11 transaksi bayaran melibatkan tiga akaun bank yang berbeza membabitkan wang berjumlah RM1 juta.

“Baru-baru ini, mangsa bercadang membuat pengeluaran keuntungan tetapi perlu mendepositkan RM309,298 terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata mangsa tampil membuat laporan polis selepas menyedari telah diperdaya apabila gagal mendapatkan keuntungan seperti yang dijanjikan.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan