AM

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2025 Dibuka Untuk Semakan - SPR

21/02/2025 07:30 PM

PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) -- Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2025 (DPT BLN1/2025) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Mac, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata DPT BLN1/2025 yang diwartakan hari ini, mengandungi 37,683 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Jan 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Selain itu, ia mengandungi 7,957 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,249 pemilih bertukar kategori pengundi atau status.

"SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Jan 2025 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN1/2025," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ikmalrudin berkata lima kaedah semakan iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

Kaedah lain termasuk melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.

Beliau berkata sekiranya pemilih mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN1/2025, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan