JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu Maut, Penumpang Cedera Lori Jatuh Gaung Di Kuala Krai

23/02/2025 12:01 AM

KOTA BHARU, 22 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai, hari  ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi itu, pemandu lori berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita berusia 39 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Rigid tersebut dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.

"Pemandu lori tersebut meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh salurkan ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai atau hubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Amirul Izham Azian di talian 09-9666 222

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan