SUKAN

ATC 2025: Muhammad Fadhil Tekad Bangkit Acara Keirin Esok

24/02/2025 08:10 PM

NILAI, 24 Feb (Bernama) -- Pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis tekad untuk bangkit pada perlumbaan keirin esok, selepas aksi kurang memberangsangkan dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 hari ini.

“Fokus saya adalah untuk melepasi peringkat separuh akhir, sebelum cuba layak ke final,” kata pelumba berusia 27 tahun itu.

Pada edisi lepas di New Delhi, India, Muhammad Fadhil terpaksa menarik diri apabila mengalami jangkitan virus, manakala pada edisi 2023, beliau mencipta sejarah meraih emas acara 1km ujian masa yang pertama dalam kariernya dengan catatan 1 minit 00.559 saat (s). 

Terdahulu, pada aksi di Velodrom Nasional di sini hari ini, Muhammad Fadhil terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat keempat selepas melakukan 1:00.895s.

Pingat emas dimenangi pelumba Jepun, Ryuto Ichida dengan catatan 1:00.057s, diikuti Liu Qi dari China (1:00.164s) untuk perak manakala gangsa milik Kirill Kurdidi dari Kazakhstan (1:00.666s).

“Saya sudah berikan 100 peratus, cuma hari ini saya tewas kepada pelumba yang lebih baik,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan