JENAYAH & MAHKAMAH

PGA Tumpas Kegiatan Seludup 2,000 Anak Pokok Bunga Mawar

25/02/2025 12:31 AM

KOTA BHARU, 24 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan seludup 2,000 anak pokok bunga mawar di Sekatan Jalan Raya (SJR) Lalang Pepuyu, Tanah Merah, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori kira-kira pukul 7 pagi yang dipandu dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan.

"Suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 24 tahun dipercayai menjadi penghantar tanaman terbabit ke pasaran tempatan turut ditahan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 2,000 anak pokok bunga mawar yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemukan di dalam lori itu dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM650,000. Tanaman berkenaan turut disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek serta barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan