JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh

01/03/2025 11:12 PM

KULAI, 1 Mac (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata lelaki itu dikenali sebagai R. Kumaran, 46, dan beralamat di Jalan Chemor, Tanjong Rambutan, Perak.

"Penama ini dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan, segera menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Amy Dahlia Abdul Rahman di 014-920 2402.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan