AM

Petros Telah Kemuka Cadangan Kerjasama Dengan Petronas - TPM Fadillah

08/03/2025 05:22 PM

KUCHING, 8 Mac (Bernama) -- Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah mengemukakan surat cadangan kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata sekiranya tiada kata putus oleh kedua-dua pihak berkenaan, rundingan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai perkara itu akan diadakan.

“Petros telah kemukakan surat itu dalam minggu ini yang menyentuh haluan kerjasama pada masa depan, sekarang perlu tunggu maklum balas daripada Petronas.

“Jadi, kita masih menunggu respons Petronas, diharap mereka akan mencapai persetujuan berhubung butiran (rundingan) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis agihan bubur pedas sempena Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara di sini hari ini.

Fadillah berkata rundingan itu termasuk langkah bagi kedua-dua syarikat minyak berkenaan menterjemah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.

Baru-baru ini, Anwar pada sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata kerajaan Persekutuan memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri itu.

Perdana Menteri turut dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan Sarawak yang menyentuh aspek kerjasama terutamanya melibatkan projek baharu yang bakal diterokai kedua-dua syarikat terbabit dalam apa jua bidang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan