AM

PKNS Serah Sumbangan RM100,000 Kepada Rumah Anak Yatim Damai Kuang

14/03/2025 11:32 PM

SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai Kuang, Gombak, sempena majlis berbuka puasa anjuran perbadanan itu di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Usaha Sama Strategik) PKNS, Ir. Md. Kamarzan Md. Rais kepada Pengurus Rumah Kebajikan berkenaan, Muhamad Syafiq Suhaimi.

Menurut PKNS, sumbangan itu bertujuan menyokong kelangsungan operasi serta memenuhi keperluan asrama dan anak-anak di rumah kebajikan tersebut.

Pada majlis yang sama, agensi itu melalui Persatuan Pegawai Kanan (SOA) PKNS turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,500 kepada rumah kebajikan berkenaan.

Selain itu, seramai 59 anak yatim dari rumah kebajikan tersebut turut diraikan dan menerima duit raya sebanyak RM50 setiap seorang.

Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan PKNS terhadap golongan kurang bernasib baik, khususnya anak yatim, lebih-lebih lagi dalam keberkatan Ramadan.

Selain anak-anak yatim, majlis turut meraikan 500 kakitangan perbadanan itu.

Menurut PKNS, sebanyak RM166,100 telah diperuntukkan bagi menjalankan lapan siri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Ramadan tahun ini.

Antara program tersebut ialah Shopping Raya Ramadan Kasih PKNS, iftar bersama golongan gelandangan dan rakan strategik, program solat serta tasbih berjemaah dan Iftar Ramadan Kasih PKNS.

Selain itu, penyerahan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai Kuang, Gombak bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 22 Mac ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan