AM

Stolport Bebuling Siap November - Uggah

14/03/2025 09:16 PM

KUCHING, 14 Mac (Bernama) -- Projek lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling di Betong dijangka siap November ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Bahagian Betong dan kawasan sekitarnya akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan udara yang disediakan oleh syarikat milik negeri AirBorneo itu.

"Setakat hari ini, STOLport Bebuling sudah 73.77 peratus siap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Uggah berkata pembinaan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Bebuling hampir selesai kecuali beberapa kemasan akhir.

"Projek lain di Betong seperti Jambatan Sungai Paku juga berjalan lancar dengan 65.88 peratus siap," tambahnya. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan