JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Siasat Pembantu Pengurusan Murid Kasari Kanak-kanak Autistik

15/03/2025 11:48 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Polis membuka satu kertas siasatan berhubung seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya mengesan video dimuat naik dalam aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu pada 3 petang tadi.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ibu kepada murid terbabit juga telah hadir memberi keterangan kepada polis hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya melalui talian 03-7966 2222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan