SUKAN

Hans Isaac Bukan Lagi Pengerusi PSM

18/03/2025 12:44 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Datuk Hans Isaac memaklumkan beliau tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), dua tahun selepas memulakan perkhidmatannya sejak 2023.

Hans, yang membuat pengumuman tersebut menerusi hantaran di Instagram, berkata banyak kejayaan dilakar PSM di bawah pimpinannya dan berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Timbalannya Adam Adli Abd Halim atas peluang diberikan selama ini.

Beliau juga berbangga dapat bekerjasama dengan seluruh tenaga kerja PSM terutamanya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Iliyas Jamil.

“Dengan ini, tiba masanya untuk saya mengambil cabaran baharu yang diharap dapat diumumkan dalam masa terdekat. 

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan hanya yang terbaik untuk pengurusan PSM dan barisan ahli lembaga pengarah seterusnya. Saya tidak akan pernah melupakan peluang luar biasa yang diberikan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan