KUANTAN, 19 Mac (Bernama) -- Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM766,788 selepas diperdaya untuk menyertai pelaburan emas yang tidak wujud yang ditawarkan di platform Facebook, Februari lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita di Facebook pada 6 Feb, sebelum ditawarkan menyertai pelaburan tersebut melalui pautan laman web.
Beliau berkata selepas tertarik dengan janji keuntungan dalam tempoh singkat, lelaki itu melabur RM5,000 pada peringkat awal dan menerima pulangan sekitar RM5,700.
"Lelaki itu kemudiannya membuat 37 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank dari 12 Feb hingga 16 Mac dengan menggunakan wang simpanan, selain meminjam daripada ibunya dan bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yahaya berkata pengurus syarikat itu kemudiannya membuat laporan polis apabila dia apabila gagal mendapat kembali modal serta keuntungan dijanjikan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial