KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Domino’s memperkenalkan piza baharu ShaWAHma Pizza yang boleh didapati dalam tempoh terhad sempena perayaan Aidilfitri ini.
Menurut Domino’s dalam kenyataan, ShaWAHma Pizza diilhamkan daripada rempah-ratus aromatik daripada Timur Tengah dan hidangan lazat ini menawarkan sesuatu di luar jangkaan bagi memeriahkan lagi sambutan lebaran.
ShaWAHma Pizza datang dengan dua pilihan iaitu ShaWAHma ayam dan ShaWAHma daging, kedua-duanya berintikan daging berempah wangi dengan sos krim Shawarma yang beraroma, tomato ceri, bawang dan keju mozarela selain dienakkan lagi dengan sos bawang putih masam-masam manis.
ShaWAHma ayam disertakan dengan lada hijau rangup manakala ShaWAHma daging dipadankan dengan rasa segar timun.
“Untuk semua penggemar keju di luar sana, kami ada berita baik – Cheese Volcano telah kembali! Nikmati Piza ShaWAHma anda dengan sos cecah keju cheddar cair untuk cita rasa yang lebih menambat selera,” menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino's Malaysia, Singapura dan Kemboja Ringo Joannes berkata Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan, mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki, justeru Domino’s mahu meraikan bersama dengan cara yang unik iaitu dengan menawarkan sesuatu yang di luar kebiasaan sajian raya.
“Sambutan perayaan, kemesraan penduduk dan tentunya juadah raya yang lazat menjadikan perayaan ini benar-benar istimewa.
“Di Domino's, kami ingin membolehkan orang ramai menyambut perayaan dengan cara yang unik, dengan menawarkan sesuatu yang luar biasa, berbeza daripada hidangan Hari Raya biasa. Beginilah Piza ShaWAHma diilhamkan, hasil ciptaan berani dan penuh berperisa yang membolehkan kita berkongsi keriangan menikmati makanan lazat dengan insan tersayang,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Domino’s akan mengedarkan lebih 13,000 Piza ShaWAHma percuma kepada pelanggan di seluruh Malaysia pada 10 April (Khamis) bermula 4 petang di mana-mana cawangan Domino’s.
Inisiatif istimewa itu merupakan cara Domino’s memberi semula dan menghargai kesemua pelanggannya sempena musim perayaan ini, selaras dengan janji jenamanya, ‘It’s All About Giving You More’.
“Bagi menjadikan pelancaran itu lebih menarik, Domino's turut menawarkan diskaun 50 peratus untuk tempoh terhad bagi pembelian ShaWAHma Pizza, yang boleh didapati di kedai dan secara dalam talian.
“Mulai 25 Mac, pelanggan boleh menikmati piza kegemaran baharu ini di mana-mana cawangan Domino's di seluruh negara dan pesanan boleh dibuat menerusi laman web Domino's, aplikasi Domino atau di mana-mana cawangan Domino's,” menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu tersebut dan promosi yang sedang dijalankan, layari @dominosmy di Facebook dan Instagram atau layari laman web rasmi www.dominos.com.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial