AM

Sultan Nazrin Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM3.56 Juta

23/03/2025 08:44 AM

IPOH, 23 Mac (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,566,854 (RM3.56 juta) daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh dalam kenyataan berkata penyerahan zakat berkenaan didahului Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul berjumlah RM1,499,192.

Beliau berkata Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Mesnor Bujang menyerahkan zakat sebanyak RM1,034,000, manakala Royal College Of Medicine Perak diwakili Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kampusnya Hisshamuddin Omar menyerahkan zakat berjumlah RM400,000.

“TM Technology Services Sdn Bhd diwakili Pengurus Besar Perniagaan TM ONE Wilayah Utara Ahmad Nazri Ambi berjumlah RM509,262 dan Zaman Motors Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Datuk Khadri Khalid dengan jumlah RM124,400,” katanya.

Syamsul Hazeman berkata majlis penyerahan zakat itu diakhiri dengan majlis iftar yang turut dihadiri pegawai agama dan imam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan