JENAYAH & MAHKAMAH

30 Motosikal Disita Dalam Op Samseng Jalanan

23/03/2025 04:04 PM

BUKIT MERTAJAM, 23 Mac (Bernama) -- Polis menyita 30 motosikal dalam Op Samseng Jalanan bersepadu di Kilometer 131 hingga 135 Lebuhraya Utara Selatan  (PLUS) arah utara di sini, dalam usaha membanteras kegiatan mat rempit. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata operasi yang bermula 10 malam semalam dan berakhir 7 pagi tadi itu, dijalankan sepasukan polis dari Unit Peronda Lebuhraya (EMPV) Zon Utara bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang, pihak konsesi PLUS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Dalam operasi tersebut, 200 individu bersama 200 motosikal telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 30 motosikal disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Sebanyak 90 saman turut dikeluarkan pihak polis atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan dalam operasi itu juga, JAS mengeluarkan empat kompaun terhadap empat pemilik motosial selepas gagal dalam ujian bunyi bising manakala lima individu ditahan AADK berikutan saringan air kencing positif dadah.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan