AM

Serangan Gajah Di Kuala Krai: Tiada Kesan Baharu Ditemukan Selepas Tiga Hari - Perhilitan

23/03/2025 04:45 PM

KUALA KRAI, 23 Mac (Bernama) -- Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan tidak menemui sebarang kesan tapak kaki gajah di Kampung Laloh di sini selepas tiga hari operasi pencarian dijalankan sejak Khamis lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata walaupun tiada kesan baharu ditemui, pasukannya akan terus memantau dan mengawal keselamatan penduduk bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Kami telah melakukan pencarian selama tiga hari tetapi tiada kesan baharu tapak kaki gajah dikesan. Kemungkinan besar haiwan itu telah kembali ke dalam hutan berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lapan anggota, termasuk pegawai dari Unit Tindakan Gajah (UTG) Perhilitan Kelantan, ditugaskan di kampung berkenaan dan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjejaki gajah tersebut.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seorang anggota Perhilitan dan seorang wanita warga emas cedera selepas dipercayai diserang gajah dalam kejadian di Kampung Laloh pada Khamis lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan