AM

Raja Permaisuri Agong Santuni Asnaf Dan Ibu Tunggal Di Johor

23/03/2025 10:31 PM

JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan kurniaan kepada 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.

Penyampaian kurniaan tersebut disempurnakan oleh Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid serta kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Che’ Puan Mahkota dan Tunku Puteri Johor turut meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dengan para tetamu.

Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni golongan memerlukan sempena bulan Ramadan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan