AM

YWM Sumbang RM40,000 Kepada Empat Institusi Kebajikan

23/03/2025 10:30 PM

MELAKA, 23 Mac (Bernama) -- Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyumbang RM40,000 kepada empat institusi kebajikan di negara ini.

YWM dalam satu kenyataan memaklumkan tiga daripadanya ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang, Tangkak (PKAYIL), Lembaga Pengurusan Anak Yatim/Miskin Melaka (PAYASUM) serta Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Khusus (PEYAKIN).

Selain itu, sumbangan turut diserahkan kepada Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim/Miskin Malaysia (YAWATIM) bagi tujuan kebajikan anak-anak yatim.

Setiap institusi kebajikan itu menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

Menurut kenyataan itu, selaras dengan pengisytiharan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan oleh Perdana Menteri pada 27 Feb lepas, YWM terus giat menyalurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk Agihan Dana Wakaf Tunai bernilai RM323,352, Agihan Dana CSR (RM73,300) dan Agihan Dana Manfaat (RM14,000).

"Komitmen YWM dalam memperkasakan wakaf dan kebajikan melalui usaha berterusan ini membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan