SIBU, 24 Mac (Bernama) -- Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup sepenuhnya hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS Dewan Komuniti Sibu Jaya yang menempatkan 25 mangsa ditutup pada 1 tengah hari, manakala PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit menempatkan 185 mangsa ditutup pada 5 petang selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sebelum itu, PPS Asrama Belia Kapit dan PPS Dewan Suarah Kapit ditutup pada 9 pagi manakala PPS Dewan Serbaguna Selangau pada 12 tengah hari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial