EKONOMI

YTL Communications Meterai MOU Dengan Equinix, Transcelestial Pacu AI Dan Ketersambungan

25/03/2025 09:53 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac  (Bernama) -- YTL Communications Sdn Bhd memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Equinix Inc dan Transcelestial bagi membawa penyelesaian teknologi terkini untuk perniagaan di Malaysia dengan meningkatkan kapasiti ketersambungan dan kebolehan AI di seluruh negara.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata ini membolehkan membolehkan pelanggan antarabangsa mengakses YTL AI Cloud yang canggih menerusi rangkaian global Equinix selain membolehkan YTL AI Cloud menyokong peningkatan permintaan bagi pengkomputeran di peringkat serantau.

“Menerusi servis rangkaian global terkemuka milik Equinix, perniagaan boleh mempunyai akses dipercayai dan selamat bagi YTL AI Cloud untuk GPU-sebagai-Perkhidmatan dan membantu syarikat mendapat akses GPU generasi terkini untuk kerja-kerja AI,” katanya.

Syarikat itu berkata dengan YTL AI Cloud yang disokong 100 peratus tenaga boleh baharu di Taman Pusat Data Hijau 500MW milik YTL, kerjasama itu membolehkan perniagaan menerima AI tanpa memberi impak terhadap kelestarian iklim, selaras dengan trend global ke arah pembangunan AI yang bertanggungjawab.

YTL Communications adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang memanfaatkan teknologi komunikasi laser tanpa wayar Transcelestial bagi menyediakan rangkaian dengan ketersambungan kelas fiber dan tahap fleksibiliti baharu.

“Penyelesaian canggih ini menghapuskan keperluan kabel fizikal, membolehkan kertersambungan kelas fiber latensi rendah berkapasiti tinggi walaupun di lokasi sukar dijangkau atau diselenggara menggunakan teknologi fibre konvensional.

“Peranti CENTAURI dari Transcelestial menawarkan fleksibiliti penyebaran tiada tandingan untuk menyediakan ketersambungan tanpa spektrum berkapasiti tinggi melalui laser tanpa memerlukan kabel fiber fizikal,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan