EKONOMI

Solarvest Penerima Manfaat Utama Kontrak Projek Solar Skala Besar - HLIB

27/03/2025 01:28 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Solarvest dilihat sebagai penerima manfaat utama daripada dua program solar skala besar (LSS), iaitu  LSS5 di Seberang Perai, Pulau Pinang yang bernilai RM103.1 juta dan LSS6 dalam tempoh 24 bulan akan datang, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Dalam satu nota penyelidikan, HLIB berkata projek di Seberang Perai itu melibatkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi kemudahan penjanaan tenaga fotovolta solar, manakala LSS6 melibatkan pemaju serta kerja-kerja EPCC.

Nilai EPCC untuk tiga program LSS tersebut boleh mencecah antara RM15 bilion hingga RM18 bilion, yang akan memanjangkan kitaran pertumbuhan nilai perolehan kontrak syarikat, katanya.

Susulan perolehan kontrak di Seberang Perai,  menjadikan nilai perolehan kontrak terkumpul Solarvest sebanyak RM1.38 bilion, berkembang sebanyak 57 peratus dalam tiga bulan lepas didorong oleh kitaran kontrak EPCC LSS5.

HLIB menjangkakan peluang pertumbuhan nilai perolehan kontrak syarikat dalam tempoh terdekat daripada program LSS5 yang diraih, justeru itu, ia mengekalkan saranan "Beli" pada kaunter tersebut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan