DUNIA

Gempa Bumi Bermagnitud 7.3 Landa Kepulauan Tonga – CENC

31/03/2025 05:26 AM

BEIJING, 30 Mac (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi bermagnitud 7.3  melanda Kepulauan Tonga pada 8.18 malam Ahad (waktu Beijing), lapor agensi berita Xinhua berdasarkan maklumat daripada Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa itu dikesan pada latitud 20.30 darjah selatan dan longitud 173.75 darjah barat.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut laporan yang dikeluarkan oleh CENC.

-- BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan