Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia tidak membatalkan mana-mana penerbangan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat.
Bercakap kepada Bernama, AirAsia mengesahkan bahawa tiada penerbangan harian ke Myanmar dan Thailand dibatalkan, dengan Thailand turut merasakan gegaran itu.
Sementara itu, Batik Air Malaysia turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada penerbangan dibatalkan.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu dilaporkan mengalami sedikit kelewatan akibat gempa bumi berkenaan dan kini kembali beroperasi seperti biasa.
Kedua-dua syarikat penerbangan itu memaklumkan sedang memantau rapat keadaan berkenaan dan akan memberikan maklumat terkini seterusnya sekiranya perlu.
Malaysia Airlines turut mengesahkan tiada gangguan yang berlaku kepada penerbangannya susulan gempa bumi berkenaan.
Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari (06:20:54 GMT).
Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 16 kilometer di utara barat laut Sagaing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial