AM

Aliran Trafik Ke Lembah Klang Sesak Di Beberapa Lebuh Raya Utama

06/04/2025 10:56 PM

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang, setakat 9 malam tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak di Plaza Tol Bentong hingga Lentang namun aliran trafik kembali lancar hingga ke Hentian Sebelah Gombak.

“Bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1, berlaku kesesakan dengan trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani menuju ke Sungai Petani Selatan, Sungai Dua ke Perai dan Tanjung Malim ke Rawang.

“Di Lebuhraya PLUS E2, berlaku kesesakan di beberapa lokasi antaranya Pedas Linggi ke Seremban dan Bandar Ainsdale ke Nilai Utara,” katanya.

Jurucakap itu turut memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah bergerak lancar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata aliran trafik melibatkan Jalan Persekutuan di jajahan Gua Musang lancar setakat 10 malam ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria pula berkata aliran trafik di jalan keluar masuk di sempadan Pasir Puteh-Terengganu termasuk di pintu masuk Tok Bali-Kuala Besut juga dilaporkan bergerak lancar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan