JENAYAH & MAHKAMAH

DBKL Sita Perniagaan Warga Asing Beroperasi Tanpa Lesen

13/04/2025 07:07 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan sita terhadap barangan jualan sembilan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi di ibu negara, semalam.

DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkan penjaja berkenaan didapati menjalankan perniagaan mereka di Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin.

“Tindakan dilaksanakan berdasarkan pemantauan berkala di sekitar kawasan Petaling. Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Tindakan sitaan dilaksanakan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” menurut hantaran itu.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti dan orang awam boleh berhubung atau menyalurkan aduan serta maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan