SHAH ALAM, 14 April (Bernama) -- Seorang pejalan kaki yang dipercayai gelandangan maut dalam kemalangan di Persiaran Jubli Perak berhampiran Hentian Bas Seksyen 19, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam insiden 5.40 pagi itu, wanita warga tempatan berkenaan dilanggar kereta dipandu warga emas yang dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh di Masjid Taman Sri Muda di sini.
“Mangsa berusia 52 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Iqbal berkata saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial